
Salam EHSAN buat semua,
Kami dengan ini ingin memaklumkan akan penyertaan Badan EHSAN Victoria bersama beberapa badan pelajar yang lain untuk turut sama menjayakan Makan Malam Amal anjuran Malay Education & Cultural Centre of Australia (MECCA) dan Sulit Air Sepakat (SAS). Secara julung kalinya diadakan, program ini dianjurkan bersama oleh gabungan persatuan-persatuan dari 3 negara berbeza (Malaysia, Singapura, Indonesia) yang mempunyai 1 matlamat yang sama.
Program ini bertujuan untuk mengutip dan mengumpul dana bagi tujuan pembinaan sebuah Masjid sekitar Melbourne yang akan dikhususkan untuk tujuan perkhidmatan komuniti masyarakat Melayu di Victoria. Bertempat di Laverton Community Centre, program ini akan diakan pada hari Sabtu, 3 Julai 2010. Rujuk poster yang ditampilkan bersama.
Bagi menjayakan program ini, EHSAN diminta untuk menyediakan 30 orang sukarelawan untuk bekerja ketika program tersebut. Antara kerja-kerja sukarela yang diperlukan adalah untuk menjaga Audio-Visual System, tugas-tugas Usher dan Waiter, pembantu penyediaan makanan, serta beberapa tugas-tugas khas yang lain. Sebagai penghargaan kepada penyertaan, semua sukarelawan akan diraikan dalam suatu majlis khas yang akan diadakan selepas tamat program dan akan dianugerahkan sijil penghargaan yang diakui oleh badan-badan dari ketiga-tiga negara tersebut. Ini merupakan peluang baik untuk meluaskan pengalaman anda serta menambahkan 'resume' terhadap penglibatan dalam "community service".
Bagi sesiapa yang berminat atau mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Rais Jalal - 04 3032 8699
Shafiq Abdullah - shafiq_abdullah@hotmail.com
selewat-lewatnya sebelum 20 Jun 2010.
Juga, atas kesempatan ini, pihak Badan EHSAN Victoria ingin sekali lagi mengucapkan semoga maju jaya dalam peperiksaan yang akan detempuhi tidak lama lagi. Ingatlah akan Usaha, Doa, Tawakkal hanyalah kerana Allah.
"Bergerak bersama Masjid kerana Allah."
No comments:
Post a Comment