Salam EHSAN buat semua!
Dengan rendah diri, EHSAN ingin menjemput ANDA untuk sama-sama meraikan
Malaysian Hari Raya Celebration
yang akan dianjurkan oleh Malaysian Permanent Residents' Community
anjuran bersama MASCA, EHSAN dan MHRC.
Malaysian Hari Raya Celebration tahun ini sungguh unik sekali kerana buat julung kalinya, sambutan seumpama ini disertai oleh warga 'homeless' di Melbourne yang akan bersama-sama berkongsi kegembiraan Syawal, agar semangat sebenar "Perayaan Menyambut Fitrah" ini dapat dirasai semua.
Bila?
Ahad, 19 September 2010, 1.00 petang - 5.00 petang
Di mana?
North Melbourne Town Hall, 521 Queensberry Street
Makluman lanjut?
Kunjungi Facebook page di http://www.facebook.com/video/video.php?v=1567176029871#!/event.php?eid=139603896082705&ref=ts
"Syawal sudah hampir seminggu, kemeriahan Aidilfitri di perantauan masih belum dirasai."
Di kesempatan ini, EHSAN ingin menawarkan ANDA untuk sama-sama memeriahkan lagi sambutan ini dengan menjadi SUKARELAWAN pada sambutan tersebut.
Kami memerlukan 40 orang SUKARELAWAN untuk membantu kami dalam urusan persiapan di dapur dan penghidangan makanan.
Jika berminat untuk bersama kami bergotong-royong memeriahkan majlis ini, sila daftarkan butiran anda di http://bit.ly/c1j26Q .
Terima kasih dan Selamat Hari Raya!
Taqqobala Allahu minna wa minkum.
Dari kami di EHSAN.
No comments:
Post a Comment